Feb 7, 2009

Setakat apa yang aku tahu.....

Post ini untuk kengkawan aku yang berminat ngan camera seperti Elsa, Gina & 'ntah apa-apa ntah' sapa lagi........
Sebenarnya apa yang aku nak bagi tau adalah perbezaan 'compact camera' ngan 'Digital Single Lens Reflex' aka D SLR....... Sebelum ntah apa-apa ntah...mai kita fahami sistem DSLR kamera berfungsi....DSLR menggunakan sistem Through the Lens (TTL) viewfinder ( pemidang tilik) apabila kita melihat melalui viewfinder, kita sebenarnya melihat melalui lens kamera tersebut... jika imej tersebut terkeluar daripada focus...maka image tersebut tidak ada dalam foto tersebut kelak..... Tetapi dengan compact camera (CC) viewfinder dibina berasingan dari lens yang menangkap imej ......oleh yang demikian....lens akan tersasar fokus walaupun di dalam viewfinder ianya kelihatan 'sharp'...........namun demikian teknologi sekarang..semakin canggih....CC pun sudah dilengkapi dengan liveview di skrin........jadik apa yang kita nampak di skrin ianya itulah yang akan menjadi foto kelak....
Walaupun pada mulanya DSLR mempunyai satu kelemahan yang ketara iaitu....tidak mempunyai liveview ....namun ,teknologi semakin berkembang.....hampir kesemua DSLR sudah dilengkap dengan teknologi 'liveview'.....fungsi liveview nie penting gak....terutamanya untuk menangkap shot macro....ala...yang kecil...seni......korang pun tau bah benda nie.....ada juga DLSR yang masih mengekalkan asas DSLR iaitu tidak mempunyai liveview.......tetapi tetap juga mempunyai skrin....fungsinya untuk memaparkan shot yang telah dibuat Kelebihan DLSR setakat apa yang aku tahu adalah keupayaan untuk menukarganti lens.....maknanya sesorang itu mempunyai kelebihan untuk mengkreativitikan seni fotonya......ntah...apa-apantah....dari shot wide.......sehinggalah ke super long focal length (zoom) .......jadi..CC walaupun ada yang dilengkapkan dengan 'wide shot' function.....tetapi terhad....begitu gak ngan zoom.....CC terhad ....... Walaupun demikian....setiap kelebihan ada gak kelemahan.....DSLR yang mengguna lens yang boleh ditukar ganti....bleh menyebabkan sensor di dalam badan kamera DSLR terdedah kepada debu aka dust....menyebabkan....hasil foto tercemar dengan benda asing yang tiada dlm frame semasa snapshot dibuat..... jadik DSLR perlu penjagaan rapi....tetapi tidak dengan CC......
Kalau nak kamera yang boleh masuk poket....janganlah berangan -angan nak beli DSLR....sebab....DSLR paling kecil pun sekali ganda besar saiznya berbanding ngan CC........
Sony Cybershot DSC -W3000; 13.6 megapixels RM1399.00 dan Nikon CoolPix P6000; 13.5 megapixels RM1688.00(CLICK! Issue 28 Jan)
Satu lagi perbezaaan yang aku tahu tentang dua jenis kamera ini adalah harganya.......melalui pembacaan aku dapat tahu....DSLR memang lebih mahal daripada CC......kekadang DSLR nie...dia tak jual sekali ngan lens....jual secara asing......memang ada yang jual ngan lens...seperti Nikon D60....dia akan kata D60 with kit....'kit' tu...ngan lens...la........selalunya standard kit....lens 18-55mm ja.....oklah bagi yang baru 'bertatih'....kalau nak beli yang untuk 'pro'.....ceewwaaaaah pro kunun......seperti NikonD3x ngan Canon EOS 1Ds MARK III di bawah.... memang tak jual ngan kit
Nikon D3x badan saja sudah RM28998.00 ( informasi majalah STUFF Feb 2009) belum lagi ngan lens.....Canon EOS 1Ds MARK III body shj juga berharga RM28999.00 ( CLICK! Issue 28 Jan)..... Wuiii nah baguih beli kereta kan...besar berbaloi ngan saiz.....tapi bagi yang fanatik ngan fotografi....diaorang tak kisah....ada pulangan kelak.....
Nikon D90 kiri atas ni...ngan 'kit' 18-105mm RM4588.00 manakala Nikon D60 atas kanan macam aku punya.....ngan 'kit' 18-55mm RM2388.00 ( CLICK! Issue 28 Jan)
Tetapi ada satu brand = SONY ,kekadang aku pun tak tahu...'ntah apa-apa ntah'....dia offer ngan 2 lens terus.......tetapi ngan harga RM3k ++......
Tetapi kalau korang beli jenama lain lepastu upgrade lens....paling kurang 1 lens = anggaran RM1000.00++ jadik jugak RM3k ++ ie tak ieeee la tu....jadi...korang darab sendiri...... Ada gak pendapat...mengatakan CC lebih besar pikselnya berbanding ngan DSLR....jadik sama saja.....betul...memang betul...contohnya SONY CyberShot DSC-W300 sudah 13.6 megapiksel....sedangkan DSLR Nikon D40 baru...6.10 megapiksel......TETAPI.......kamurang baca dulu artikel kat bawah nie aku copy and paste ....
UMUM mengetahui megapiksel merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah kamera digital. Namun hari ini, ia mungkin tidak lagi relevan.Mungkin kenyataan ini agak mengelirukan kerana selama ini kebanyakan orang menganggap ia merupakan kriteria utama yang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan penunjuk kemampuan menghasilkan gambar berkualiti sesebuah kamera digital. Benarkah megapiksel tidak lagi relevan pada hari ini? Teruskan membaca!Megapiksel merupakan unit ukuran yang menentukan berapa banyak piksel atau elemen gambar yang boleh dimuatkan ke dalam sensor sesebuah kamera. Satu megapiksel bersamaan dengan 1 juta piksel. Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan kamera dengan tiga megapiksel untuk mencetak gambar berukuran standard 4R? Untuk mencetak gambar bersaiz 8R pula, anda hanya memerlukan sebanyak 8 megapiksel. Sekiranya kamera anda mempunyai megapiksel yang tidak mencukupi dan anda cuba untuk mencetak gambar berukuran besar, kualiti cetakannya tidak akan menarik iaitu gambar akan kelihatan sedikit kabur. Industri fotografi digital hari ini yang memperlihatkan persaingan hebat di antara pengeluar kamera gergasi telah menyebabkan peningkatan megapiksel pada kamera kompak dan tidak lagi hanya tertumpu pada kamera prosumer mahupun DSLR. Kebanyakan kamera kompak hari ini mempunyai sekurang-kurangnya 8-Megapiksel. Dalam persaingan digital ini, Canon telah memperkenalkan produk 'cili padi' mereka yang mencecah 14.7 megapiksel, sesuatu yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran kita lima tahun yang lalu!.Oleh itu, apabila memilih kamera kompak yang mana untuk dimiliki, megapiksel bukanlah sesuatu yang perlu terlalu dititikberatkan. Apa yang perlu diberikan keutamaan hari ini ialah saiz sensor sesebuah kamera. Semakin besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.Semakin besar sensor bermakna semakin banyak cahaya dan semakin banyak cahaya dapat diambil oleh sesebuah kamera, semakin baik warna dan kontrasnya. Dengan sensor bersaiz besar, gambar yang diambil di dalam bangunan tanpa lampu limpah (flash) akan kelihatan lebih berkualiti berbanding kamera yang mempunyai sensor yang lebih kecil. Malangnya, kamera kompak tidak mampu memuatkan sensor yang besar kerana ia perlu kekal kecil, padat dan mudah dibawa. Saiz sensor pada kamera kompak boleh menjadi lebih kecil daripada kuku jari kelingking manusia.Ini adalah penyebab utama mengapa kamera kompak sukar menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan yang kurang cahaya tanpa penggunaan flash. Bagi mengetahui saiz sensor sesebuah kamera, anda boleh memeriksa butiran pada manual kamera. Ia lazimnya dirujuk sebagai CMOS, CCD, elemen pengimejan atau sensor imej, tetapi tidak boleh lari dengan bacaan ukuran seperti 1/2.7 inci, yang merujuk kepada saiz sensornya.Sebagai perbandingan, kamera Digital SLR profesional mempunyai sensor yang besarnya sehingga 30 kali ganda berbanding kamera kompak. Tidak hairanlah saiznya juga jauh lebih besar berbanding kamera biasa.Ironinya, kaedah penyelesaian bagi mempertingkatkan kualiti foto pada kamera kompak ialah dengan cara mengurangkan bilangan megapikselnya. Dengan bilangan megapiksel yang kurang bermakna setiap piksel di dalam sensor kini boleh mendapat lebih cahaya sekali gus meningkatkan kualiti gambar. Namun ini tidak bererti industri kamera digital akan menghentikan perlumbaan megapiksel ini. Seperti mana pengguna menilai prestasi sesebuah komputer berdasarkan Gigahertz (GHz), membandingkan megapiksel merupakan kaedah termudah untuk si penjual membandingkan kemampuan kamera mereka dengan kamera pengeluar lain. Untuk menyedarkan pengguna akan kenyataan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha, masa dan wang ringgit. Hakikatnya, inilah kebenaran di sebalik mitos megapiksel. sumber : http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/30473-menyangkal-mitos-megapiksel.html
Jadik kita yang tentukan ....kan ada lagi aku nak bagi tau kat sini...... Sony Alpha 900;24.6 ...., Canon EOS 1Ds MARK III; 21.1 megapixels and Nikon D3x 24.5 megapixel.....adalah contoh spesis full frame....nantilah aku citer kat korang....
Yang aku mau bagi tahu last di sini adalah kemunculan satu lagi spesis kamera.....iaitu kamera setan...setan...ia lah...'EVIL' kan setan.......
'EVIL' tu membawa makna Electronic Viewfinder Interchangeable Lens...kan EVIL tu.....
dia nie kan hybrid antara Compact Camera..ngan DSLR...ini aku yang katalah......badan dia kecil ja....dia tak guna cermin untuk Lens Reflex....tetapi guna elektronik....sebagai viewfinder.......jadik itu menyebabkan ia tergolong dalam CC....TETAPI lens boleh ditukarganti.....jadik ianya keluarga DSLR gak....kan.......ada livewiew gak....boleh upgrade lens...tambah flash...seperti DSLR lain..
Panasonic Lumix G1 ( EVIL) ; 12.1megapixel with kit lens 14-45mm RM2999.00 dan Powershot S5 iS (Compact Digital Camera ); 8.00 megapixels RM1299.00
Ha ....korang tengok dua cam kat atas.... satu EVIL dan satu CC....dua-dua guna ada LCD yang boleh putar....ada built in pop flash...guna elektronik viewfinder....cuma lens....beza.....dua-dua compact..............keduanya boleh masuk kat dalam beg tangan orang pompuan.....
tentang sensor nanti aku upload......aku tambah nanti dalam siri ke dua....'ntah apa-apa ntah'....bleh kan?

2 comments:

  1. aaa....nak tau sesangat pasal fotografi ni...ni aku bagi site yg bagus sangat utk yg baru berjinak2 atau nak tambah teknik fotografi
    http://digital-photography-school.com...
    masuk sana & baca semuanya ttg fotografi

    ReplyDelete
  2. thanks bro....aku lupa plak pasal link...nasib ko ada ....

    ReplyDelete